Wednesday 27 July 2016

BAJA SIAM K43 ??? TAKDAK STOK DAHHH...DAH HABIHHH...


Assalamualaikum kawan2 semua...harap semuanya dalam keadaan baik dan selesa dengan hasil yang berkualiti & berkuantiti tanaman anda.

Sad but true...stok Baja Siam K43 (PEMBERAT BUAH PADI) sekarang sudah kehabisan dan agak sukar sekarang untuk mendapatkan kembali material ini kerana dalam keadaan ekonomi yang kureng memberansangkan sekarang ni...hehehe...

TAPI mana tau kot lepas ni ada keajaiban BERKEMUNGKINAN IANYA MUNCUL SEMULA.. BILA??? Cek tak tau laaa...Allah punya kuasa ! Berserah jerrr...

Post ni sekadar nak beritahu tentang ini jaaa..yelah kot ada lagi yang sudi bertanya lepas ni kalau masuk ke sini jadi tau la yer...

BAJA-BAJA LAIN SEPERTI :

- BAJA K41/ PATI BAJA (Baja Bunga & Buah)




- BIO-ZEOLITE (Baja Bio + Baja Gunung Berapi)




MINYAK SAPU TOK DEWA..

Eh ! Ni bukan Baja...hehehehe...

MASIH & INSHAALLAH ADA STOK..cuma perlu hubungi saja bila perlu...

Ok,harap ianya jelas la yer...

Bagi yang belum pernah mencuba baja ni tapi nak tengok hasil yang seakan sama seperti Baja Siam K43 ni, anda boleh cuba guna 

BIO-ZEOLITE + BAJA K41 

InshaaAllah pasti anda berpuas hati dengan hasil nanti !!! PERCAYALAH !!!
Saya bersandarkan dari pengalaman2 petani yang pernah gunakan Baja2 ni.


Untuk lebih lanjut boleh HUBUNGI SAYA, 





Monday 7 March 2016

BIO ZEOLITE BERADA DALAM KELASNYA TERSENDIRI, TERBAIK ANTARA TERBAIK !!!

Assalamualaikum...salam sejahtera,salam ceria & salam berbahagia buat semua kekawan yang sudi menjenguk ke sini.. Kali ni ada baja air yang saya nak ketengahkan moga ada manfaatnya buat semua yang membaca, tak beli pun tak apa janji info tu sampai.. Ok,jom saya perkenalkan 1 baja yang tengah HOT la ni...memang banyak permintaan sampaikan kena gandakan stok musim ni..

BIO-ZEOLITE


(NUTREIN, HORMON DAN VITAMIN TERBAIK UNTUK TANAMAN)

Baja ini dihasilkan menggunakan teknologi terkini dalam arah memacu pembangunan dalam bidang pertanian yang mana sekarang ni mempunyai masalah dengan tanah yang kurang subur (kerana terlalu banyak mengandungi toksik dan bahan-bahan kimia).

Kegunaan racun yang semakin lama semakin banyak dan kuat menjadikan struktur tanah menjadi kering, kelembapan tanah seolah hilang dan mengurangkan nutrein yang terkandung dalam tanah. Kerana faktor ini kebanyakan tanaman pada luaran tampak sihat tapi dalaman dan hasil yang terhasil dari tanaman tersebut agak mengecewakan petani. Mana taknya, setelah modal yang di keluarkan untuk racun mungkin meningkat kerana kekebalan penyakit dan serangga yang seolah imun pada racun setelah sekian lama terdedah pada racun dah tu hasil pulak mengecewakan. Racun la mahai...yang boleh dari subsidi tu lain laaa...kan?

Kedatangan baja ini sikit sebanyak membantu para petani dalam menghadapi masalah berkaitan, dalam memacu pertanian ke arah yang lebih efisien dan profesional dalam penanaman dan penghasilaan terbaik tanaman...dah mula sembang macam menteri la pulak...heh! Tapi memang betul la...tak kan kita nak dok takuk lama jer...nak gak maju ke depan!


Memang sapa2 pun tak nafikan la ni  banyak jenis baja di ketengahkan dan  yang ni pun kira salah satu dari yang banyak-banyak tu. Alahhh,yang tengah usaha bendang,kebun mesti tau kan..banyak baja dari luar negara yang lebih bermutu dan lebih baik dari baja penghasilan anak watan betul dak? Baja dari USA, German, Japan, Belgium, Thailand dan beberapa negara lain termasuklah India.. Ini adalah penghasilan anak watan yang banyak menimba ilmu dari negara-negar maju pertanian dan ilmu yang beliau pelajari ni ingin di kongsikan bersama anak-anak bangsa dalam merealisasikan pertanian moden yang lebih baik dari segi TANAH,TANAMAN dan HASIL.

Kejayaan demi kejayaan telah tercipta setelah ramai yang yang pada mulanya hanya mencuba dan semakin menjadi-jadi pulak permintaan atas baja ini. Betul baq hangpa, tak sangka la pulak.. Ada yang mula nak try tu kerana malu alah kat saya ja..tapi lepas tuai tanaman mula la cari no.telepon saya balik nak gtau nak order lagi..bukan kata di kalangan orang kita ja ,ada juga dari bangsa lain pun sama... Bak kata ayat ini,

“Tak Tumbuh Tak Melata, Tak Sungguh Ramai Dah Guna, Tak Baguih Depa Lupakan Saja, Ini Tak Setiap Musim dok Order !!!”

Hehehe..boleh tera tu?

Nutrein yang terkandung dalam baja ini di hasilkan bersama dari BAJA GUNUNG BERAPI atau ada yang mengenalinya sebagai ZEOLITE. Selalunya kita dapati ZEOLITE ni di datangkan dalam bentuk granule/biji kecil tapi sekarang dengan teknologi terkini di rumuskan dan dimampatkan sekali dengan elemen bio yang disuntik ke dalam baja ini menjadikan baja ini antara baja hybrid berteknologi tinggi dalam membaiki, memperbetulkan stuktur tanah serta menyuburkan tanaman.

(iklan baja ZEOLITE biji 2 tahun sudah)

Dulu saya pun juai baja Zeolite gak yang granule tu, 1beg 25kg..ni haaa, kat atas tu iklan dulu 2 tahun sudah...kat situ boleh tengok apa manfaatnya ZEOLITE,kot kalau ada yang nak lagi baja ni boleh la contact saya naaa...kot la nak try..tapi buat masa la ni stok saya memang tak simpan,nak kalu order dulu bankin la sikit buat cengkeram...ek?

Berpatah balik tentang baja BIO-ZEOLITE,

YA,BAJA INI SEMUANYA DI DALAM SATU...HEBAT HASIL ANAK WATAN KITA NI !!
Ianya bertindak sebagai baja serbaguna bagi semua tanaman dengan mengikut sukatan yang telah di tetapkan, ramai yang telah menggunakan baja ini amat berpuas hati dan dengan penggunaan yang jimat menjadikan baja ini baja pilihan untuk tanaman mereka setakat ini.



MULTI PURPOSE ZEOLITE FERTILIZER (BAJA SERBA GUNA ZEOLITE)

Digunakan untuk,

MERAWAT DAN MENYUBURKAN TANAH – kandunagn ZEOLITE (LAHAR/BAJA GUNUNG BERAPI) yang terdapat dalam baja ini ianya bertindak merawat serta menyuburkan tanah. Ianya tak panas malah memberi kelembapan pada tanah dalam jangka masa lama dalam kata lain menyejukkan dan seimbang kan suhu tanah untuk tanaman.

BAJA HORMON POKOK – Kandungan bio teknologi yang terdapat dalam baja ini bertindak sebagai hormon untuk pokok bermula dari akar hingga penghasilan buah.

VITAMIN TINGGI – Dengan zat yang ada pada kekuatan ZEOLITE dan Bio yang terdapat dalam baja ini mencukupi untuk memberi pokok zat serta vitamin yang tinggi di perlukan bagi setiap tanaman.

Baja ini juga merangkumi keperluan bagi tanaman dan ianya memang sesuatu yang jimat bagi petani kerana ianya juga sudah tersedia dalam kandungan,

BAJA AKAR, BAJA BATANG, BAJA DAUN, BAJA BUNGA, BAJA BUAH dan ia juga merupakan BAJA PERLINDUNGAN bagi tanaman yang menggunakan baja ini. Jadi di sini kita dapat tengok betapa jimatnya kos yang telah di jimatkan.

Penggunaan yang simple, efektif lagi menjimatkan memang sesuai dalam keadaan ekonomi sekarang ni,
TANAMAN PADI - 150-200ml /20L air (di syorkan semburan pada 20,60 dan 80 hari lepas tabur/tanam)

KELAPA SAWIT/GETAH – 200-300ml / 20L air

TANAMAN BUAH-BUAHAN/SAYUR-SAYURAN/BUNGA-BUNGAAN – 150ml / 20L air.

HARGA YANG TIDAK MEMBEBANKAN DENGAN HASIL YANG BAKAL DI TERIMA.

Harga baja BIO-ZEOLITE

4L – RM120 (sudah termasuk kos penghantaran)
NI HARGA SEBELUM NI...

TAPI, haaa...ada tapi tuuu...

SEMPENA MENGHARGAI SOKONGAN ANDA,saya tawarkan harga pengenalan ini buat anda... Kena fikir gak mesti ada yang nak TRY dulu,yedak? Ni kira harga pengenalan bagi yang nak cuba-cuba dulu..jangan risau tak rugi,percayalah...

4L – RM120 (sudah termasuk kos penghantaran)

PROMOSI - SEHINGGA 30 JUN 2016


Dah,jangan dok tanya pasai diskaun dah...bagi diskaun lebih lagi saya makan kuah jer 
la..hehehe...gurau ja !

Sebarang pertanyaan dan order boleh direct terus menghubungi no.ini,


Terima kasih kekawan kerana sudi singgah ke sini dan perabih baca tentang baja ni...







Wednesday 10 February 2016

PATI BAJA !!! JIMAT SANGAT, .HASIL PULA LUMAYAN...

Assalamualaikum lama tak upload berita terkini, harapan saya semua kekawan yang melawat blog ini mendapat sikit sebanyak info tentang baja yang kami edarkan.

Ok,yang terbaru di tahun 2016 ni adalah BAJA BUAH DAN BUNGA K41 atau dikenali para petani di sini sebagai PATI BAJA. Kenapa di beri nama sedemikian? Jom kita rungkai tgk pasaipa...



Baja ni di datangkan dalam bentuk serbuk larut air (macam garam halus tu la) di mampatkan dengan kandungan yang bisa buat tanaman kita berasa kenyang dan sihat (jika tiada gangguan anasir ulat dan serangga juga iklim yang tak menentu).

Kerana apa? Kerana kandungannya memang sudah cukup bagi petumbuhan pokok serta dapat menghasilkan tanaman berkualiti tinggi serta hasil yang tinggi juga (sapa tak mau kalau tanaman yang di usahakan sihat serta mendatangkan manfaat pada diri dan keluarga, yedak?)

Nak cerita panjang lebar rata2 petani (kawan2 yang tengah baca ni la) semuanya dah celik tentang baja, betul tak? Yelah, rata2 tempat mesti ada taklimat tentang racun & baja yang di anjurkan samada dari syarikat Racun & Baja tu sendiri atau dari Pertubuhan Peladang yang banyak memberi taklimat teknik penanaman yang betul serta kawal sedia penggunaan racun. Nak cerita apa itu NPK rasanya semuanya dah sedia maklum dah...penggunaan baja dari akar hingga menjadi buah. Jadi kita teruskan saja penyampaian maklumat penerangan tentang baja baru ni.

Ok,Baja ni (PATI BAJA).

Komposisinya :
Nitrogen: 10   Phosphate : 20   Potassium : 41 + IMGO + TE
(N: 10 , P: 20 K: 41 + iMGO + TE)

Kandungan yang terdapat dalam baja ini
BORON + COPPER + MOLYBDENUM + MAGNESIUM + MANGANESE + IRON + ZINC

Apa yang menariknya disini, penggunaan baja ini amat menjimatkan kos petani.

Didatangkan dalam bentuk pembungkusan,

1 bag : 1 kilogram

Sukatan kegunaannya & cara penggunaanya,

Untuk PADI : 30g (20liter air) @ 33pam dapat dihasilkan.

Digunakan 2 kali dalam semusim untuk hasil yang menakjubkan iaitu

SEBELUM PADI TERBIT KELUAR & SEMASA PADI TUNDUK.

Untuk Kelapa Sawit : 50g (20liter air) @ 20pam dapat dihasilkan.

Untuk sayuran & buah-buahan : 30g (20liter air) @ 33pam dapat dihasilkan.

Ok,disini saya lampirkan hasil pokok padi (keutamaan saya adalah pokok padi) setelah menggunakan baja ini di sekitar kawasan utara tanah air terutama Penang & Kedah.







SANGAT JIMAT !!! BAGI YANG MENITIK BERATKAN KOS PEMBAJAAN.
HARGA YANG DI TAWARKAN :




1 bag : RM60 SAHAJA !!!
(sudah termasuk kos POSLAJU ke alamat anda)


YANG NI, INSHAA ALLAH STOK AKAN SENTIASA ADA UNTUK ANDA...

HIGH QUALITY HIGH QUANTITY.

Terima kasih kekawan kerana sudi singgah dan baca tentang baja ni...



Tuesday 9 February 2016

SAKIT LUTUT, SAKIT SARAF & SAKIT SENDI (SAPU SAJA TAK PERLU URUT)


Salam ceria, salam bahagia, salam sejahtera buat sesiapa yang sudi singgah ke blog ini... Sekadar berkongsi untuk di manfaatkan bersama atas anugerah yang di kurniakanNya... Semuanya atas kehendakNya juga berita ini sapai kepada anda, tiada daya kita kecuali di gerakkan oleh Nya...

Ok,di sini ingin saya perkenalkan 1 produk penghasilan dari ceruk kampung oleh seorang TOK GURU yang ingin memanfaatkan anugerah ilmu yang diberikan kepada beliau bersama masyarakat yang ada di Seluruh Malaysia atau pun di luar sana tanpa mengira Bangsa atau Agama, Muda Atau Tua keran kita semua manusia hamba sahaya kepada Nya.


 
Minyak yang memulihkan sakit URAT , SARAF & SENDI... Rata-rata kita rakyat Malaysia punyai masalah ini terutama bila melibatkan kerja dan keadaan persekitaran semasa. Bukan di pinta tapi itu ujian mendekatkan kita kepada Pencipta...

BAGAIMANA MINYAK TOK DEWA DAPAT MEMBANTU PESAKIT YANG SEDANG MENDERITA LUMPUH/STROKE ATAU PUNYA MASALAH URAT, SARAF DAN SENDI?

Minyak TOK DEWA dihasilkan secara tradisional dari akar-akar kayu hutan di adun bersama herba dan juga dimasukkan ayat-ayat penyembuh yang di baca ketika penghasilannya (minyak ini pantang di langkah) oleh seorang TOK GURU KAMPUNG bagi membantu sesiapa yang mempunyai masalah berkaitan URAT, SARAF & SENDI tanpa membebankan mereka dari segi ekonomi. (harga minyak ini berpatutan dan tidak terlalu tinggi). Ini salah satu cara beliau melakukan amalnya membantu sesama insan.


Minyak ini MEMANG LAIN DARI YANG LAIN, ianya BUKAN MINYAK PANAS pesakit hanya perlu SAPU DAN GOSOK-GOSOK sahaja pada tempat yang sakit itu (bagi yang tidak pandai mengurut atau tidak mahu/perlu di urut). Minyak ini akan meresap ke dalam kulit dan terus bergerak sendiri memperbetulkan uart-urat kecil dan besar yang ada di dalam badan kita (ya,minyak ini membuat kerjanya sendiri) melancarkan kembali saluran darah yang tersekat yang boleh mendatang pelbagai penyakit yang besar seperti LUMPUH/Stroke.


Berkemungkinan ada di kalangan pesakit akan berasa panas selepas di sapu minyak ini, itu menandakan minyak ini tengah beroperasi dan ada juga pesakit setelah menggunakan minyak ini beberapa kali akan terasa seperti ada yang mengurut. Minyak ini tengah melakukan kerja-kerjanya seperti mana yang telah di perintahkan.

 








HANYA SAPU DAN GOSOK PADA TEMPAT YANG SAKIT

Minyak TOK DEWA bagi yang punyai masalah LUMPUH/Stroke. SAPU & GOSOK pada seluruh badan lakukan 2-3kali sehari (Pagi/Malam @ Pagi/Petang/Malam). Lakukan selama 7 hari berturut-turut & selebihnya amalkan latihan pergerakan anggota tubuh badan. Minyak ini sudah membantu memperbetulkan urat-urat saraf di dalam badan,pesakit juga perlu memainkan peranan bagi mempercepatkan tempoh penyembuhan dengan melakukan senaman ringan pergerakan anggota badan yang punyai masalah itu. Jangka masa penyembuhan selalunya terpulang kepada badan dan kekuatan minda/rohani pesakit, kuatkan diri dengan berusaha selain berdoa dan tawakal kepada Nya.
Bagi yang punya masalah-maslah lain yang bersangkutan dengan urat , saraf dan sendi juga sapu dan gosok-gosok pada bahagian yang sakit itu jika tidak pandai mengurut. Ulangan yang sama juga seperti pesakit LUMPUH/Stroke buatlah 2-3 kali sehari... Sesudah mandi dan selepas lap badan maka gunakan minyak ini sebelum melakukan aktiviti harian anda. 

Pantangnya di sini JANGAN DI SAPU PADA KEMALUAN DAN LUKA.

BAGAIMANA MENGENAL SAKIT BERKAITAN DENGAN SARAF ?


Sakit Urat,Saraf ni mepunyai banyak cabangnya seperti SAKIT BELAKANG BADAN, SAKIT BAHU / LENGAN / LEHER / DADA, SAKIT PINGGANG, KEBAS TANGAN/KAKI, LENGUH KAKI/TANGAN, TARIK MENGKARUNG, SUSAH NAK BERSILA, SAKIT KETIKA MENCANGKUNG, SAKIT PELIPAT KAKI, BENGKAK/SENGAL, SEJUK KAKI, RADANG SENDI, RASA BISA-BISA PADA BAHAGIAN BADAN, DARAH BEKU, SARAF MATI, SAKIT LUTUT, SAKIT BETIS, TERSELIUH, RASA ENYUCUK-NYUCUK PADA KAKI/TANGAN, SAKIT TUMIT/BUKU LALI KAKI, SELALU KEJANG OTOT dan ISTIEWANYA MINYAK TOK DEWA INI adalah bagi MENGHINDARKAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS dengan cara sapu pada pergelangan tangan (kanan & kiri) hingga ke hujug jari, begitu juga kaki (kanan & kiri) sapu dari pergelangan kaki hingga hujung jari...InshaaAllah, kita berusaha Allah jua yang mengizinkan.


Ini adalah anugerah yang harus kita manfaatkan bersama sebagai hamba Allah membantu bagi mereka yang memerlukan tanpa menekan harga yang terlalu mahal dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu sekarang ini. Apa pun kami sekadar membantu setakat yang boleh...

“TAK RUGI BERUSAHA MENCUBA DARI TANGGUNG SAKIT DAN BERPUTUS ASA”
Azmal Hasnul @ Northern Diamond
(14/12/2015)

Ramai dari kalangan kita yang agak berusia (dalam lingkungan 30an ke atas pasti merasakan kelainan pada tubuh badan terutama bagi mereka yang melakukan kerja berat semasa usia muda) masalah-masalah seperti ini sering berlaku tetapi Alhamdulillah dengan bantuan minyak ini dapat meredakan sakit yang di alami...


Saya tak kata suruh beli pun...tapi yelah Bila-bila di perlukan nanti carilah...kalau bukan hari ni mungkin besok lusa..
Kalau bukan untuk diri sendiri mungkin untuk keluarga, adik beradik, jiran-jiran tetangga, kawan-kawan atau sesiapa saja...tak kira bangsa atau agama...kita hidup maufakat hidup mencapai berkat...




TAK RUGI PUN KALAU USAHA MENCUBA DARI TANGGUNG SAKIT DAN PUTUS ASA...
HARGA PUN EKONOMI TAK MEMBEBANKAN ANDA.

COD : Tasek Gelugor, Kepala Batas & Sungai Dua(Butterworth)


"PROMOSI PENGENALAN"


(PROMOSI SAH DALAM BULAN RAMADHAN & SYAWAL INI SAHAJA)


Hubungi (SMS/CALL/WHATSAPP) :

017-582 1998
AZMAL HASNUL



Warisan Rawatan Tradisional Tok Guru Dulu-dulu Kala (Cara Kampung)

http://www.northerndiamond.blogspot.my

BAJA SIAM K43 ... TAK TERSANGKA.....TERLAJAK LAKU LA PULAK... PERMINTAAN TINGGI LA NI...



Jadi tak keharuan kami di NUZ C.N.E sekarang ni, permintaan untuk membeli Baja Siam K43 ni terlalu tinggi... Bukan apa cuma risau stok kehabisan ja tapi buat masa la ni ada lagi la... Jadi bagi sesiapa yang ingin mencuba atau menggunakan Baja Siam K43 ni harap cepat order takut tak kesampaian nak guna bila sampai waktu yang sesuai untuk padi anda..mana la tahu kot kehabisan stok...jadi kena tunggu la giliran (hehehehe...macam tunggu nak bayar bil api air kat kaunter pejabat pos la pulak no...) gurau ja... Tapi sungguh,kalau rasa berminat contact terus tanya, malu nak bercakap kot telefon..SMS pun boleh aihhh...


Harga la ni masih harga promosi (HARGA PENGENALAN) jadi faham-faham jer la...memang BERBALOI la kalau beli la ni...


NAK TANYA / NAK ORDER SILA SAVE SIAP-SIAP NO.TELEFON NI DALAM HANDPHONE :





Info : Bagi sesiapa yang pernah menggunakan 'BAJA SIAM SUPER ' sebelum ini...
Nak habaq mai, yang ni la "ADIK" kepada BAJA SIAM SUPER tu kalau nak tau...

Kandungan N:P:K  BAJA SIAM K43 
(N : 12 , P : 0 , K : 43) 
'LEBIH' 
dari 
BAJA SIAM SUPER iaitu 
(N : 11 , P : 0 , K : 41)
Jadi anda boleh fikir sendiri la yer...
Maknanya,yang ni lagi POWER laaa... ....hahahaha...
MAU TRY SEKALI TENGOK !!!


Kot boleh dapat macam ni... Alhamdulillah laa kannn...

Pepatah lama, tunduk padi berisi...

Hasil yang tidak menghampakan pesawah.



Buah padat bersih dan berisi penuh.


Hasil petani yang menggunakan baja ini... Alhamdulillah setakat ini belum menghampakan !!!

Contact jerrr...malu nak cakap, SMS pun boleh...kan ke sekarang ni dah moden,pakai whatsapp pun boleh.. InshaaAllah moga di permudahkan...


P/S : Bagi yang baru nak order, selagi stok ada InshaAllah sampai la kat rumah nanti...Posmen Pos Laju hantar..

Antara iklan2 dalam internet yang mungkin anda temui..




Alhamdulillah...stok inshaaallah ada...cuma contact bertanya ja dulu...